Rabu, 17 Julai 2013

ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality)


Konsep ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality) atau dikenali sebagai Zon Aman, Bebs dan Berkecuali telah diumumkan oleh Menteri-menteri luar ASEAN melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971 juga di Kuala Lumpur. Konsep ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality) ini meliputi seluruh kawasan Asia Tenggara dan ia bermula  hasil cadangan Tun Abdul Razak Bin Hussein.Deklarasi tersebut juga dikenali  Deklarasi Kuala Lumpur. Konsep ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality) telah dijadikan sebagai inti dasar luar bagi negara-negara ASEAN sebagai asas kepada semangat keserantauan di kalangan ahli. Antara inti utama, deklarasi ialah bahagawa negara-negara berkenaan berhasrat untuk mengendurkan ketegagangan antarabangsa dan mencapai perdamaian yang kekal di Asia Tenggara.

Jawatankuasa ini telah memperincikan maksud Zon Aman, Bebas dan Berkecuali dalam ZOPFAN iaitu keutuhan, kemerdekaan dan identity kebangsaan dapat diwujudkan dn dikekalkan supaya mereka dapat mencapai pembangunan negara. Kerjasama serantau selaras dengan prinsip PBB dan bebas daripada campurtangan kuasa-kuasa luar.

Aman bermaksud situasi hubungan yang teratur dan kewujudan keharmonian di kalangan negara. Keadaan aman tidak akan wujud sekiranya timbul konflik politik, ekonomi dan sebagainya antara negara-negara zon ini dengan kuasa luar. Manakala Bebas bermakna kebebasan sebuah negara daripada kawalan atau campurtangan negara-negara lain semasa menguruskan hal-ehwal dalaman atau luaran. Ini bermaksud negara-negara dalam zon berhak menyelesaikan masalah tempatan mengikut cara mereka sendiri demi keselamatan dan hubungan serantau yang lebih baik.

Konsep pengecualian ini telah menjadi kenyataan dan ASEAN telah berusaha bagi memastikan pengiktirafan dan penghorrmatan ke atas Asia Tenggara sebagai sebuah zon keamanan , kebebasan dan berkecuali serta bebas dari apa juga bentuk campurtangan kuasa-kuasa luar. Oleh itu dalam mesyuarat Jawatankuasa Pegawai Tinggi ASEAN  pada Jualai 1972 telah mencapai kata sepakat dalam interpretasi sebuah Zon Aman, Bebas dan Berkecuali.

 Terdapat beberapa dan peristiwa penting yang telah berlaku di Asia Tenggara yang telah mendorong timbulnya konsep ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality). Pertama, ialah kedudukan Asia Tenggara yang agak strategic kepada kuasa-kuasa besar dalam konteks ketegangan politik blok Timur-Barat, pergolakan politik di Vietnam, serta keputusan pengunduran tentera-tentera  British dari Asia Tenggara dan Amerika dari Vietnam pada awal 1970-an. Perkembangan tersebut telah menimbulkan kecurigaan di kalangan negara ASEAN kerana dengan sebab ini ia mungkin menjejaskan kestabilan serantau.

Sebab kedua ialah peperangan di Vietnam yang telah menyakinkan ASEAN bahawa campurtangan dan sokongan tentera kuasa-kuasa besar dalam pertelingkaan negera kecil Asia Tenggara sering menjejaskan kestabilan di rantau ini. Manakala factor yang ketiga membawa penubuhan ZOPFAN ini ialah adalah “regionalisme” yang telah menghasilkan pertubuhan kerjasama ekonomi serntau ASEAN yang dapat digunakan  sebagai jentera untuk mencapai tujuan ZOPFAN. Adalah menjadi anggapan pengangur-penganjur ZOPFAN bahawa Asia Tenggara telah menjadi kawasan yang penuh dengan kegoncangan politik dan peristiwa perang akibat campurtangan kuasa-kuasa besar dalam hal-ehwal negara-negaranya.

MATLAMAT
Untuk merealisasikan ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality) ini maka negara-negara Asia telah menggariskan beberapa tujuan dan matlamat yang perlu dicapai. Diantaranya ialah untuk mewujudkan suatu suasana di Asia Tenggara dengan negara-negara di rantau ini mengamalkan dasar berkecuali iaitu tidak memihak atau melibatkan diri kepada mana-mana kuasa besar dan tidak membenarkan kuasa-kuasa besar ini campurtangan dalam hal-ehwal politik dan ketenteraan di Asia Tenggara seperti negara Russia, China dan Amerika Syarikat.  Selaras dengan konsep ini, setiap negara di rant Asia Tenggara harus dibenarkan menentukan nasib negaranya sendiri tanpa campurtangan kuasa-kuasa luar ini.

Manakala tujuan dan matlamat yang kedua ialah menjadikan Asia Tenggara berkecuali dan menghindarkan konflik yang boleh mengheret negara-negara di rantau ini serta kuasa-kuasa besar yang berminat dengan kawasan ini. Walaupun ZOPFAN yang diusahakan oleh ASEAN tetapi ia meliputi seluruh Asia Tenggara termasuklah kawasan yang didiami oleh Vietnam, Laos, Kampuchea dan Burma (Myanmar). Bagi ASEAN usaha iini penting kerana sejak beratus tahun lalu rantau Asia Tenggara sering menjadi rebutan kuasa-kuasa luar kawasan ini. Tujuan yang ketiga pula ialah untuk memastikan bahawa negara-negara dalam zon ini berhak menyelesaikan masalah tempatan mengikut cara mereka sendiri demi keselamatan dan hubungan serantau yang lebih baik. Menyelesaikannya secara aman dan tidak menggunakan sebarang kekerasan. Melalui usaha ini tidak ada negara atau kuasa-kuasa besar mampu dan berpeluang untuk mencari alasan supaya campurtangan dalam hal-ehwal rantau Asia Tengara . Ini adalah kerana keamanan dan kestabilan adalah syarat utama untuk kemerdekaan serta kesejahteraan sosial  dan ekonomi penduduk Asia Tenggara. Untuk menjayakan matlamat ini kerjasama negara-negara Asia Tenggara amatlah diperlukan dalam meningkatkan perpaduan dan seterusnya menjalinkan hubungan yang rapat. Manakala tujuan yang terakhir ialah mengelak ancaman idealogi komunis melalui isu pelarian Vietnam dan seterusnsya memastikan Teori Domino gagal dilaksanakan. Ini untuk memastikan bahawa negara-negara Asia Tenggara tidak jatuh di bawah kuasa Komunis yang diketuai oleh China dan Russia. Negara-negara Asia Tenggara pada hakikatnya bebas menwujudkan persahabatan dengan semua negara di dunia tenpa mengira fahaman ideology politik supaya keamanan dan keselamatan di rantau akan terus terjamin.

Semua perkembangan ini membawa perubahan besar di rantau Asia yang memerlukan pengubahsuaian serta perhatian semua anggota ASEAN mengenai keselamatan dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi membendung masalah ini. Usaha bagi keselamatan negara dan serantau adalah terpulang kepada negara-negara  anggota untuk dilaksanakan melalui rancangan-rancangan pembangunan melalui kerjasama mereka dengan negara-negara lain dalam dan luar rantau dan dengan pertubuhan-pertubuhan serta agensi antarabangsa.

Dari sudut perlaksanaannya, beberapa langkah telah berjaya dilakukan dalam memastikan segala tujuan dan matlamat ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality) tercapai. Diantaranya ialah mewujudkan dasar tidak campur tangan.Ini sekaligus memberi hak setiap negara untuk mewujudkan cara hidupnya sendiri dengan bebas tanpa campurtangan luar dan tidak akan mencampuri urusan dalam bagi negara yang lain.Antara lain, menyelesaikan perselisihan atau pertikaian secara damai iaitu tidak menggunakan ancaman atau ugutan kekerasan serta bekerjasama secara berkesan antara negara-negara anggota.Ini dapat dilihat bagaiman pertikaian mengenai isu sempadan, isu gerakan pemisah , dan beberapa isu lain dapat diselesaikan secara aman tanpa memerlukan kekerasan jauh sekali penggunaan senjata.

            Dalam menjayakan konsep ZOPFAN ini juga berjaya elenyapkn perasaan tersisih yang biasanya boleh membawa kepada tindkan yang tidak bijak. Antara lain ialah memberi keyakinan kepada negara anggota agar menjadi lebih matang untuk membuat dan menerima dasar demi kepentingan bersama. Selain daripada itu ASEAN juga berjaya menghalang negara-negara anggota daripada berasa lemah dalam menjalankan pentadbiran  mereka bagi mencapai kemajuan. ASEAN bertahun-tahun lamanya memberi negara anggota kekuatan, kemampuan dan keupayaan yang mengizinkan mereka bertindak bukan sahaja sebagai alat tetapi sebagai sebahagian dari system politik antarabangsa. Akhirnya melalui konsep  ZOPFAN ini telah mendapat pengiktirafan dan sokongan dari negara-negara kesatuan Eropah, Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Persidangan Komenwel serta beberapa negara lain seperti Jepun, Pakistan, Rumania dan Republik Demokratik Korea.

            Melalui ZOPFAN juga, negara anggota ASEAN berjaya menghalang merebaknya ideologi komunis dan teori Domino melalui pendekatan yang perlahan dan begitu berwaspada. Walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan halangan dalaman dan luaran akhirnya ASEAN berjaya juga “menjinakkan” Vietnam yang kemudiannya mengiktiraf ASEAN dan konsep ZOPFAN itu sendiri.

            Penubuhan ASEAN Regional Forum (ARF) pada tahun 1994 adalah salah satu daripada pelaksanaan ZOPFAN. Ia penting bagi menggalakkan kestabilan politik dan keamanan di kawasan Asia Pasifik . ASEAN Reginal Forum dianggotai oleh negara-negara ASEAN, rakan-rakan Dialog ASEAN iaitu Australia, Kanada, Kesatuan Eropah, Jepun, Korea Selatan, New Zealand dan Amerika Syarikat. Selain itu, negara China da Persekutuan Russia sebagai consultative partners dan Laos dan Papua New Guinea sebagai pemerhati. Di antara pendirian ASEAN Regional Forum  ialah seperti memperjuangkan penyelesaian politik di Kemboja di mana tentera Vietnam diberi tekanan agar segera berundur dari Kemboja dan rakyatnya diberi peluang menentukan nasib sendiri.

CABARAN

Di samping kejayaan-kejayaan, ZOPFAN juga mengundang masalah. Konsep ZOPFAN pada mulanya agak sukar diterima oleh kebanyakan negara anggotanya. Dasar Berkececuali agar kuasa-kuasa besar tidak campurtangan dalam hel-ehwal negara-negara ASEAN ternyata tidak begitu dipatuhi. Singapura dan Filipina contohnya masih mengekalkan pengakalan tentera Amerika Syarikat di negara mereka yang sudah tentu mempunyai pengaruh terhadap dasar ketenteraan negara tersebut. Pengunduran tentera-tentera tersebut akan mengancam keselamtan mereka. Ia juga akan mendatangkan kesan-kesan ekonomi yang buruk iaitu dari segi kehilangan pendaptan an pekerjaan tempatan di pengkalan-pengkalan tersebut. Indonesia juga mengambil sikap “tunggu dan lihat” manakala Thailand yang sedang berhadapan dengan masalah keselamatan yang rumit kurang berminat untuk memberi sokongan.

            Begitu juga dalam pelaksanaan konsep ZOPFAN ini kerjasama yang diharapkan terutama ke arah tindakan yang kolektif ternyata bukalanlah semudah yang disangka. Terlalu sukar untuk meletakkan kepentingan serantau mendahului kepentingan nasionlisme sesebuah negara itu. Namun hingga kini ASEAN masih terus berjuang dan berusaha memastikan konsep ZOPFAN ini akan merealisasikan impian setiap negara Asia Tenggara ke arah Zon Aman, Bebas dan Berkecuali itu.